OLEH ERMIZI MUHAMAD
GOMBAK, 29 APR: Kebajikan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tetap diberi keutamaan pentadbiran Kerajaan Selangor.
Komitmen itu dizahirkan secara konsisten Calon P0.98 Parlimen Gombak, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.
Ia dilaksanakan menerusi komitmen turun padang Mohamed Azmin yang sempat menziarahi Veteran ATM, Abdul Rahman Jabar yang dikongsikan menerusi Twitternya, petang ini.
Sepanjang menerajui kepimpinan negeri, pelbagai inisiatif berkebajikan melibatkan golongan itu terus dilaksanakan secara berkesan.
Antaranya, pengumuman pentadbiran Mohamed Azmin yang menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM1 juta, kepada vateran ATM.
Mohamed Azmin sebelum ini dilapor berkata, peruntukan berkenaan turut meliputi bantuan keperluan perubatan dan kebajikan membabitkan 89 veteran yang cedera perang di Selangor.
Selain itu, sebanyak RM500,000 pula diperuntukkan terus ke dalam Tabung Pahlawan Angkatan Tentera Malaysia.