Categories
NASIONAL

SPR diminta jamin tiada perubahan tempat mengundi

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 16 APR: Pakatan Harapan (PAKATAN) meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan tidak berlaku perubahan tempat mengundi pada saat akhir.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perkara itu dikhuatiri berlaku berikutan persempadanan semula kawasan baharu bagi pilihan raya umum ke 14 (PRU14) ini.

“Langkah SPR menyediakan sistem semakan daftar pemilih PRU14 yang awal bermula hari ini amat dialu-alukan.

“Sungguhpun begitu saya menuntut jaminan SPR tiada lagi perubahan tempat mengundi di saat-saat akhir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengundi diminta menyemak maklumat tempat mengundi lebih awal untuk mengelak kekeliruan dan kesulitan hari mengundi.

“Setiap undi adalah berharga. Setiap undi akan menentukan masa depan negara,” katanya.

Hari ini, SPR menyediakan sistem semakan daftar pemilih _RU14 bagi memudahkan pengundi menyemak maklumat tempat mengundi di http://pengundi.spr.gov.my