Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Azmin kongsi pengalaman ditemu ramah Financial Times

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 29 MEI: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkongsi pengalamannya ditemu ramah akhbar peniagaan berpengaruh di dunia, iaitu Financial Times.

Beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi melalui laman Facebook rasminya berkata, temu ramah eksklusif itu bagi membincangkan hala tuju pemulihan ekonomi dan masa depan negara yang lebih cerah.

Financial Times (FT) adalah akhbar yang berpusat di London, United Kingdom dan dibaca oleh 2.2 juta orang di seluruh dunia mengikut kajian PriceWaterhouseCooper, pada November 2011.

Laman sesawang FT.com mempunyai 4.5 juta pengguna berdaftar dan 285,000 langganan digital serta 600,000 pengguna berbayar.

Sementara itu pengguna Facebook, Tajuddin Hasmah melalui ruangan komen berkata, beliau berharap Mohamed Azmin bersama pemimpin Pakatan Harapan (PAKATAN) lain terus membuktikan kemampuan serta kebolehan untuk membaik pulih ekonomi negara.

Mohd Zanizan Zaharuddin juga mendoakan supaya ekonomi negara kembali pulih atas usaha Mohamed Azmin.