OLEH SHEEDA FATHIL
SHAH ALAM, 10 MEI: Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali selesai menghadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Beliau hadir di Istana Bukit Kayangan sekitar jam 11.50 pagi tadi.
Sesi menghadap itu difahamkan bagi memohon perkenan membentuk Kerajaan Negeri dan pelantikan Dato’ Menteri Besar.
Ketika ditemui di perkarangan istana sekitar jam 1.20 tengah hari, Mohamed Azmin hanya berkata “I will issue the statement later” (Saya akan jelaskan nanti),” katanya.