Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Dua hari cuti buat rakyat Malaysia!

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 10 MEI: Jabatan Perdana Menteri melalui kenyataannya mengumumkan pemberian cuti dua hari tambahan bermula esok hingga 11 Mei.

Menurut kenyataan berkenan, bagi negeri yang menjadikan Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan, maka pada 13 Mei adalah cuti kelepasan tambahan.

“Pengisytiharan cuti umum ini adalah berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951, bagi Semanjung Malaysia dan Wilay Persekutuan Labuan.

“Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan-kerajaan negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada hari tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing,” katanya.