Categories
NASIONAL

Kerajaan Persekutuan tubuhkan Jawatankuasa Reformasi Institusi

NASIONAL 15 MEI: Majlis Penasihat hari ini mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Reformasi Institusi bagi membentuk kerajaan baru melaksanakan perubahan ekonomi dan kewangan.

“Reformasi ekonomi semata-mata tidak dapat membawa perubahan yang dicita-citakan tanpa reformasi institusi.

“Untuk itu, Jawatankuasa Reformasi Institusi ditubuhkan,” menurut majlis itu dalam kenyataannya hari ini.

Anggota-anggota jawatankuasa itu termasuk:

KC Vohrah
Bekas hakim Mahkamah Rayuan

Mah Weng Kwai
Bekas hakim mahkamah rayuan dan pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam)

Brigadier Jeneral (B) Mohd Arshad Raji
Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot)

Ambiga Sreenevasan
Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam)

Shad Saleem Faruqi
Pakar perlembagaan dan pensnyarah undang-undang

Skop khusus jawatankuasa itu masih belum digariskan.

Bagaimanapun, hasil kajiannya akan dicadangkan kepada Majlis Penasihat sebelum dimajukan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.