Categories
EKONOMI

KOPETRO rai anak yatim beli-belah di Wisma Jakel

OLEH SHEEDA FATHIL

KUALA LUMPUR, 30 MEI: Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO) meraikan 40 anak yatim membeli-belah pakaian raya bersempena sambutan perayaan Aidilfitri di gedung pakaian Wisma Jakel, di sini, hari ini.

Setiausaha KOPETRO, Datuk Abdul Razak Hussain berkata, sebanyak RM6,000 peruntukan dikeluarkan demi menyantuni anak yatim dari Rumah Anak Yatim Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras itu.

“Program ini diadakan bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim antara kami sebagai sebuah Koperasi dengan masyarakat sesama bangsa dan agama dalam meninggikan syiar Islam sekali gus menyantuni golongan anak yatim.

“Ini semua adalah berkat rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada kami sebagai satu amanah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada majlis berkenaan, anak yatim berpeluang membeli-belah dan memilih sendiri baju melayu dan baju kurung sepersalinan dengan kos RM150 setiap seorang.

Terdahulu, KOPETRO turut mengadakan sumbangan juadah berbuka kepada para petugas polis trafik dan aktiviti khidmat kemasyarakatan dalam menyediakan juadah kepada para gelandangan yang menetap di sekitar ibu kota.