Categories
SELANGOR

LZS adakan perjumpaan, kemas kini data mualaf

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

KUALA SELANGOR, 21 MEI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengadakan program perjumpaan dan kemas kini data asnaf mualaf, di Masjid An Nuriah Bukit Rotan, di sini, semalam.

Program anjuran bersama Inspirasi Mualaf itu berjaya menghimpunkan 35 asnaf golongan itu yang tinggal berhampiran kawasan terbabit.

LZS menerusi kenyataan berkata, program itu bertujuan mengemas kini data asnaf mualaf bagi memudahkan penyaluran bantuan zakat dibuat dan menerangkan jenis bantuan yang wujud untuk golongan terbabit.

“Program ini akan disusuli dengan beberapa lagi siri bagi memastikan keseluruhan asnaf mualaf di daerah ini, khususnya berjaya dikemas kini data mereka.

“Ini kerana kami sentiasa komited memastikan golongan mustahiq ini berjaya disantuni dengan dana zakat.

“Kami mahu merakamkan jutaan terima kasih kepada pengeluar zakat dan akan memastikan zakat pengeluar disalurkan kepada mereka yang layak,” katanya.