OLEH ZAREEF MUZAMMIL
HULU KELANG, 5 MEI: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memulakan jelajah dengan bersarapan pagi, di Gerai Pak Darus, di sini, awal pagi ini.
Beliau yang tiba seawal jam 8 pagi turut diiringi calon N.18 Hulu Kelang, Saari Sungib.
Rata-rata pengunjung kelihatan begitu teruja kerana tidak menyangka menerima kunjungan beliau.
Mohamed Azmin memilih untuk menikmati lontong dan teh o panas dengan kemudiannya memenuhi permintaan bergambar daripada pengunjung di gerai terbabit.
Sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat, Mohamed Azmin turut tidak melepaskan peluang untuk mendampingi dan bersembang bersama pengunjung.
Selepas sejam, Mohamed Azmin bergerak menuju ke lokasi seterusnya untuk meneruskan Jelajah KEADILAN bersama rakyat di DUN Lembah Jaya.
=EZY=