Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB umum portfolio Exco, gabungan muka baharu dan lama

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 16 MEI: Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan portfolio 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang baharu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memegang portfolio Kewangan, Pembangunan Tanah dan Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor dan Komunikasi Strategik.

Dari KEADILAN, Amirudin Shari kekal memegang portfolio Pemerdayaan Generasi Muda dan Sukan, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi pula diketuai oleh Dr Shaharuddin Badaruddin.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Lembah Jaya, Haniza Talha pula sebagai Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar.

Muka baru, Hee Loy Sian pula sebagai Exco Alam Sekitar, Teknologi dan Hal Ehwal Pengguna.

Selain itu, dari DAP, Dato’ Teng Chang Khim memegang portfolio Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana.

V Ganatirau pula Exco Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru dipegang oleh Ng Sze Han.

Manakala, ADN dari parti AMANAH pula, Dr Siti Mariah Mahmud sebagai Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga.

Selain itu, Izham Hashim sebagai Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani.

Sementara itu, BERSATU yang diwakili Dato’ Abdul Rashid Asari sebagai Exco Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu serta Warisan.

=EZY=