Categories
SELANGOR

MBPJ buka kaunter EZ-Pay mudah sepanjang Jun

OLEH HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 31 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membuka kaunter bergerak EZ-Pay sepanjang Jun ini bagi kemudahan orang awam berurusan berhampiran dengan lokasi tempat tinggal mereka.

Dalam kenyataan, Sekretariat Media Unit Komunikasi Korporatnya berkata, usaha dijalankan itu adalah bagi mengurangkan kesesakan di kaunter ibu pejabat MBPJ pada waktu puncak.

“Kaunter EZ-Pay bermula 1 hingga 30 Jun untuk kemudahan masyarakat khususnya penduduk Petaling Jaya membuat pembayaran cukai, kompaun dan sebagainya.

“Bagaimanapun, ia ditutup pada 13 hingga 20 Jun sempena cuti perayaan Aidilfitri,” katanya.

Lokasi kaunter EZ-Pay ialah di PJU 10, Damansara Damai (berhampiran McDonalds) bermula 1 hingga 4 Jun dari jam 10 pagi hingga 3 petang dan SS24, Taman Medah pada 5 hingga 10 Jun beroperasi pada masa sama.

MBPJ juga membuka kaunter sama di SD 12/1 (Berhampiran McDonalds dan Mobil) pada 11 dan 12 Jun serta 21 hingga 26 Jun (10 pagi hingga 3 petang) manakala di SS24, Taman Megah (berhampiran Pasar Pagi) mulai 27 hingga 30 Jun juga beroperasi dalam tempoh masa sama.