Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Mohamed Azmin menghadap Sultan bincang isu Dato’ Menteri Besar

SHAH ALAM 20 MEI: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali tiba di Istana Bukit Kayangan kira-kira jam 11.50 pagi, hari ini untuk menghadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mohamed Azmin yang merupakan Timbalan Presiden KEADILAN difahamkan menghadap Sultan Sharafuddin bagi memaklumkan perkembangan terkini kedudukannya selepas tersenarai dalam kabinet Kerajaan Persekutuan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Pertemuan tersebut bertujuan bagi mendapat perkenan Sultan Sharafuddin berhubung kedudukan Mohamed Azmin sebagai Dato’ Menteri Besar.

Pada 11 Mei lalu, Mohamed Azmin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa mengangkat sumpah sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

=EZY=