OLEH SHEEDA FATHIL
SHAH ALAM, 14 MEI: Pakatan Harapan (PAKATAN) komited menjana suasana kondusif dalam negara, terutama daripada aspek kestabilan ekonomi dan pendidikan bagi mengangkat peranan ibu mendidik serta menyediakan anak mereka mengharungi kehidupan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tindakan itu penting bagi merealisasikan potensi mereka sebagai generasi masa depan untuk negara.
“Bersempena Hari Ibu tanggal 31 Mei lalu, saya merakamkan penghargaan kepada ibu di seluruh negara, hatta seluruh dunia atas kesungguhan serta segala pengorbanan mereka dalam mendidik anak-anak.
“Untuk semua ibu tersayang, selamat menyambut Hari Ibu 2018,” katanya dalam kenyataan.
Pada masa itu, Wan Azizah yang juga Presiden KEADILAN berkata, PAKATAN amat menyanjungi dan menghormati peranan ibu tanpa mengira bangsa dan agama, selain berdoa supaya masyarakat mengekalkan keharmonian serta kesejahteraan keluarga di bawah kepimpinan kerajaan baharu.
Terdahulu, pelantikan Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri diumumkan sendiri Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad sebaik PAKATAN memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).