OLEH ERMIZI MUHAMAD
SELAYANG, 9 MEI : Calon Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen membuat bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan tindakan suruhanjaya itu yang hanya membenarkan seorang ejen dari partinya menyaksikan proses pengundian di kawasan itu.
William Leong berkata, tindakan itu bertentangan dengan Peraturan SPR yang sepatutnya membolehkan setiap calon mempunyai ejen masing-masing di kawasan pusat pengundian.
“Kami akan membuat bantahan mengenai perkara ini kepada SPR,” kata Peguam KEADILAN itu.
Media melaporkan, terdapat beberapa pusat undian lain yang berdepan masalah sama.
Semakan Selangorkini mendapati, Ejen Tempat Mengundi (EMT), perlu berindak sebagai pemerhati di tempat mengundi dan saluran, masing-masing sepanjang proses pengundian dibuat.
Ketetapan itu termaktub di Subseksyen 14 (1) (a) Akta Pilihan Raya 1954.
=EZY=