Categories
SELANGOR

Sibuk di Putrajaya, Azmin tetap ke Gombak

OLEH ERMIZI MUHAMAD

GOMBAK, 28 MEI: Kesibukan tugas di Putrajaya tidak menghalang Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali terus mendekati masyarakat Gombak.

Dato’ Menteri Besar itu sempat meluangkan masa berbuka puasa bersama masyarakat setempat, pada Program Iftar Perdana bersama masyarakat Gombak, di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, semalam.

Peluang itu dizahirkan Mohamed Azmin dengan menyantuni dan bersalaman bersama masyarakat tempatan yang tidak lagi asing baginya, sejak tiga penggal pentadbirannya selaku wakil rakyat di kawasan itu.

Mohamed Azmin turut menunaikan solat magrib, isyak dan bertarawih bersama lebih 200 penduduk, di masjid berkenaan.

Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri, Amirudin Shari dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia, Hilman Idham dan ADN Hulu Kelang, Saari Sungip.

Program iftar berkenaan dianjurkan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dan turut disokong Jabatan Agama Islam Selangor.