OLEH NADIAH ZAMLUS
HAH ALAM, 9 MEI: BERSIH 2.0 meluahkan rasa kesal setelah menerima banyak aduan mengenai kesesakan lokasi mengundi sejak pagi tadi.
Koordinator BERSIH melalui kenyataannya berkata, ia berlaku dipercayai akibat pengurusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak sistematik.
Justeru itu SPR digesa untuk memanjangkan masa bagi membolehkan semua pengundi dapat menjalankan tanggungjawab.
“BERSIH mahu SPR benarkan orang ramai mengundi walaupun sudah melepasi jam 5 petang, dan SPR tidak boleh sama sekali menafikan hak pengundi untuk membuang undi.
“Kami juga menyeru semua rakyat Malaysia yang belum membuang undi untuk keluar segera, jangan tunggu sehingga jam 5 petang. Tolong pastikan anda memasuki perkarangan pusat mengundi sebelum jam 5 petang dan jangan beredar dari kawasan tersebut selagi anda tidak mengundi,” katanya.
Mengikut Seksyen 4(d) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, pegawai SPR dianggap melakukan kesalahan undang-undang jika menafikan hak pengundi.
=EZY=