Categories
PBT SELANGOR

206 premis diperiksa, 127 notis dikeluarkan MPSJ

OLEH NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA, 30 JUN: Majlis Perbandaran Subang Jaya mengeluarkan 127 Notis Pembersihan dan 16 notis pelbagai kesalahan kepada pemilik premis yang melanggar peraturan dalam operasi baru-baru ini.

Timbalan Pengarah, Jabatan Korporat Dan Pengurusan Strategik​​​​nya, Azfarizal Abdul Rashid berkata, sebanyak 27 premis juga beroperasi secara haram dalam Operasi Pemeriksaan dan Penutupan Premis di sekitar SS15 itu.

“Dalam operasi itu juga, sebanyak 127 premis berjaya diperiksa di dalam operasi kali ini dan 52 premis tidak beroperasi semasa pemeriksaan dijalankan.

“Sebanyak 64 Notis Tawaran Kompaun serta satu penutupan premis dikeluarkan sepanjang operasi dijalankan di bawah Undang-Undang Kecil Establishment Makanan (MPSJ) 2007 dan Undang_Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPSJ) 2007,” katanya dalam kenyataan.

Azfarizal berkata 127 premis yang diperiksa itu sudah dibuat penilaian gred di mana sebanyak 34 premis mendapat gred A, 68 premis mendapat Gred B dan 25 premis mendapat gred C.

Sehubungan itu, katanya, MPSJ akan terus komited dan memantau operasi secara berterusan bagi memastikan pemilik premis mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Dalam operasi itu, seramai 80 anggota dari pelbagai jabatan terdiri daripada Jabatan Kesihatan, Jabatan Pelesenan, Jabatan Penguatkuasa, dan Jabatan Pembersihan dan Pengurusan Sisa Pepejal terlibat di dalam operasi bagi memeriksa 206 premis di lokasi terbabit.

=EZY=