Categories
EKONOMI

Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pagi ini

KUALA LUMPUR 18 JUN: Bursa Malaysia dibuka lebih rendah hari ini, diseret oleh sentimen pelabur yang berhati-hati susulan kebimbangan potensi perang perdagangan di antara AS-China.

Pada jam 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka 1,741.17, 20.61 mata lebih rendah daripada penutupan 1,761.78 Khamis lalu.

Indeks dibuka 16.20 mata lebih lemah pada 1,745.58.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 247 berbanding 67, manakala 164 kaunter tidak berubah, 1,433 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 120.33 juta unit bernilai RM98.21 juta. –
SUMBER: BERNAMA