Categories
NASIONAL

EMEL serah hadiah kereta raya, meriahkan Aidilfitri

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 13 JUN: Jenama fesyen terkenal, EMEL, memeriahkan Kempen Raya Aidilfitri Avenue K dengan majlis penyerahan hadiah Peraduan #ColourfulRaya 2018 sempena sambutan Aidilfitri di sini.

Majlis berlangsung di Kompleks Membeli Belah Avenue K, baru-baru ini, memberi kesempatan kepada EMEL, agensi yang aktif dalam projek amal meraikan masyarakat khususnya pemenang peraduan dianjurkannya.

Acara disertai Ketua Pegawai Eksekutif Mellooi Creation, Dirk Luebbert, menampilkan Pengurus Pemasaran Senior Euro Cars, Jocelyn Ong, menyampaikan hadiah utama berupa kereta Renault Captur kepada pemenangnya, Wan Norsalsiah Wan Mohamed.

Selain itu, hadiah lain ialah baju kurung raya daripada EMEL serta pelbagai produk daripada Panasonic Beauty.

Setiap tahun, EMEL menjalankan pelbagai kempen kesedaran dan mengumpul dana bagi menjayakan program amal serta menyalurkan kepada badan kebajikan.​

Pada awal tahun ini, agensi terbabit telah menjalankan aktiviti pendidikan dan menyalurkan sumbangan kepada 40 keluarga kurang berkemampuan di Kuala Perlis, Perlis.