Categories
SELANGOR

Jom meriahkan Rumah Terbuka Selangor, raya ke-10 ini!

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 14 JUN: Kerajaan Negeri akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Eidul Fitri peringkat Negeri Selangor, pada hari raya ke-10 bersamaan, 24 Jun ini.

Bertempat di Padang B, Dataran Kemerdekaan Shah Alam, majlis berlangsung seawal jam 10.30 pagi dan dijangka tamat sekitar jam 3.00 petang.

Bertemakan Gelombang Perpaduan, Rancak Pembangunan, Semarak Kesejahteraan, orang awam dijemput hadir memeriahkan sambutan tahunan itu.

Menariknya, selain bakal dihadiri pimpinan Kerajaan Negeri Selangor, majlis bakal dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tempatan.

Antaranya, Jay Jay, Ernie Zakri, Khai Bahar, Haiza dan ramai lagi.

Majlis turut didukung sepenuhnya Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI Selangor), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Tourism Selangor, Worldwide Holdings Berhad dan Air Selangor.

Sementara itu, Media Selangor menerusi agensi media rasmi Kerajaan Negeri, SelangorKini dan TV Selangor turut bertindak sebagai media rasmi penganjuran majlis tahunan itu.