Categories
SELANGOR

MB hadap Sultan Selangor sebelum tunai umrah

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 4 JUN: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dijangka menghadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum berangkat menunaikan umrah, pada 6 Jun ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Dato’ Mohamad Munir Bani berkata, pertemuan itu dijangka berlangsung esok, pada jam 11 pagi, di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

“Pertemuan penting itu bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah berkaitan pentadbiran Kerajaan Selangor sebelum Mohamed Azmin menunaikan ibadah umrah.

“Ia juga adalah pertemuan sebelum Mohamed Azmin melepaskan jawatan sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor selepas Aidilfitri, iaitu 19 Jun ini,” katanya dalam kenyataan.