Categories
PBT SELANGOR

MBSA sedia perkhidmatan kaunter bayaran hujung minggu

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 14 JUN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan Shah Alam On Wheel (SAOW) hujung minggu, pada 23 Jun ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, inisiatif itu disediakan sebagai kemudahan kepada masyarakat mendapatkan perkhidmatan daripada MBSA, pada hujung minggu.

“Perkhidmatan Shah Alam On Wheel (SAOW) ini merupakan platform yang disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheel ini akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, jualan kupon parkir dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan.

Shahrin berkata, kemudahan itu akan beroperasi di perkarangan tempat letak kereta, Plaza Shah Alam, Seksyen 9 bermula jam 11.00 pagi hingga jam 5.00 petang.

“Melalui perkhidmatan ini, pihak Majlis berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat,” katanya.