Categories
PBT SELANGOR

MPSJ sedia perkhidmatan kutipan sampah pukal musim perayaan

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 3 JUN: Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyediakan perkhidmatan kutipan
sampah pukal secara percuma.

Pegawai Komunikasi MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid, perkhidmatan itu telah pun bermula pada 1 Jun lalu sehingga 14 Jun bagi kawasan perumahan teres (Landed Property).

“Kutipan sampah ini dijalankan mengikut jadual kutipan sampah domestik di kawasan masing-masing dan tertakluk kepada permohonan.

“Namun, penduduk dinasihatkan untuk mengumpul dan meletakkan sampah pukal di hadapan rumah dalam tempoh masa di atas bagi memudahkan kontraktor MPSJ mengutip secara berperingkat.

Azfrizal berkata, perkhidmatan itu turut dipanjangkan ke kawasan perumahan bertingkat seperti flat, pangsapuri dan kondominium namun adual kutipan
hanya akan dilaksanakan pada 9 dan 10 Jun sahaja tertakluk kepada permohonan.

Katanya, perkhidmatan itu hanya dilaksanakan mengikut tempoh masa ditetapkan dan pihak MPSJ tidak akan melaksanakan sebarang kutipan sampah pukal selepas tamat tarikh yang telah dinyatakan.

Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (JPSPPA) di talian 0380267433 / 7431 / 7430 / 3182.