Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

PBB, PRS, PDP dan SUPP sebulat suara keluar BN

SARAWAK 12 JUN: Barisan Nasional (BN) Sarawak hari ini secara rasmi terbubar selepas semua parti komponennya mengumumkan keluar dari gabungan terbabit.

Empat parti utama yang terlibat itu ialah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresi (PDP).

Ekoran tindakan itu mereka kini membentuk pakatan baru dikenali sebagai “Gabungan Parti Sarawak” (GPS).

Semasa mengumumkan langkah itu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Openg berkata keputusan tersebut dibuat sebulat suara oleh parti terbabit.

“Parti-parti komponen iaiitu PBB, SUPP, PRS, PDP mengadakan pertemuan dan membuat keputusan sebulat suara untuk meningalkan BN dan membentuk gaungan baru dengan parti tempatan, dikenali sebagai Parti Gabungan Sarawak,” katanya dalam sidang media.