Categories
SELANGOR

Program Kacau Dodol LZS erat silaturahim, pupuk amalan bersedekah

OLEH HAZIQ ISMAIL

SHAH ALAM, 10 JUN: Program Kacau Dodol anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Masjid Jamiul Hasaniah, Batu 3 mendapat sambutan menggalakkan penduduk sekitar, baru-baru ini.

Program seawal ja, 7.30 pagi itu dijayakan kakitangan LZS daerah Klang, amil kariah dan penduduk kampung untuk menyediakan bahan asas, proses memasak, mengacau dodol, dan pembungkusan.

Penganjurannya ternyata mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sedia terjalin antara LZS Klang dan penduduk kampung selain memupuk amalan bersedekah.

Dodol siap dimasak diagihkan ke beberapa tempat antaranya di bazar Ramadan Rantau Panjang, Balai Bomba Sungai Pinang, Balai Polis Klang Utara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Klang.

LZS dalam kenyataannya juga memaklumkan, aktiviti itu merupakan penganjuran kali kedua untuk tahun ini di bulan Ramadan.