Categories
NASIONAL

Senarai penuh Kabinet dijangka minggu ini

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 4 JUN: Senarai penuh Kabinet dijangka diumumkan pada minggu ini, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, kerajaan ketika ini memberi sepenuh kepercayaan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membentuk jemaah menteri.

“Saya diberitahu senarai kabinet penuh dapat diselesaikan minggu ini tapi tidak tahu bila harinya, jadi saya harap kita bersabar,” katanya dipetik Harian Metro.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan kunjungan rasmi dan sesi taklimat di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun; Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Pakatan Harapan (PAKATAN) sebelum ini sudah mengumumkan 13 menteri kabinet, pada 27 Mei lalu.

Terdahulu, perdana menteri memaklumkan beberapa lagi anggota Kabinet bakal diumumkan dalam tempoh dua minggu akan datang, terutama bagi mengisi portfolio penting seperti Kementerian Luar.