Categories
NASIONAL

Trafik bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama – PLUS

KUALA LUMPUR, 16 JUN: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara perlahan berikutan orang ramai pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bermula semalam.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad memberitahu Bernama setakat 5.30 petang ini, aliran trafik di kedua-dua arah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dilaporkan perlahan dan terkawal.

Beliau berkata, perjalanan menuju ke utara dari Jelapang menuju ke Terowong Menora dan Sungai Perak ke Kuala Kangsar agak perlahan termasuk perjalanan ke arah selatan iaitu dari Seremban ke Ayer Hitam ekoran pertambahan kenderaan di lebuh raya.

Sementara itu, menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik dilaporkan perlahan dan terkawal bermula dari Karak menuju ke Kuala Terengganu melalui Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) manakala kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) juga bergerak perlahan dari Plaza Tol Kuala Terengganu menuju ke arah timur.

“Trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) pula bergerak perlahan dari Plaza Tol Gombak sehingga ke Pantai Timur dan dari Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) ke Terowong Genting Sempah,” katanya.

SUMBER: BERNAMA