Categories
NASIONAL

Trafik lancar di lebuh raya utama

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 17 JUN: Aliran trafik dilaporkan lancar di beberapa lebuh raya utama negara, setakat jam 10 pagi tadi.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, aliran trafik menghala ke utara dan selatan terkawal serta bergerak lancar.

“Selain itu, trafik juga turut lancar di sepanjang Lebuhraya ELITE, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Butterworh-Kulim Expressway (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang,” katanya memetik laporan Bernama.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di semua lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua arah turut dilaporkan lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.