Categories
SUKANKINI

WC2018: Sepanyol pecat Lopetegui, Hierro kemudi La Roja

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL, 14 JUN: Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) membuat keputusan mengejutkan apabila memecat Julen Lopetegui dan digantikan dengan Fernando Hierro bagi membimbing Sepanyol kurang 48 jam sebelum sepak mula Piala Dunia Rusia 2018.

Keputusan itu dibuat susulan Lopetegui bersetuju untuk membimbing Real Madrid musim hadapan dengan kontrak tiga tahun semalam.

RFEF dalam kenyataan berkata tindakan itu dibuat kerana pengendali berusia 51 tahun itu dikatakan berunding ‘tanpa memaklumkan RFEF’.

Justeru, Hierro yang juga Pengarah Sukan dan bekas pertahanan Real Madrid serta Bolton Wanderers dilantik serta merta sebelum aksi pertama menentang Portugal.

Difahamkan pemain senior dan ketua pasukan, Sergio Ramos meminta RFEF mempertimbangkan keputusan itu demi keharmonian pasukan.

Kredit Foto: UEFA.com