Categories
SELANGOR

WDG sumbang RM311,000 dana Tabung Harapan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 11 JUN: Exco Pemberdayaan Generasi Muda & Sukan, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi, Amirudin Shari menerima kutipan dana daripada Weekend Drive Group (WDG), berjumlah RM311,000 untuk disumbangkan ke Tabung Harapan Malaysia.

Beliau berkata, kutipan dibuat dalam tempoh 10 hari itu dilaksanakan atas keprihatin generasi muda terhadap komitmen dan situasi semasa Kerajaan Putrajaya kini.

“Usaha dan kesungguhan yang menakjubkan.

“Kejayaan ini menunjukkan kita masih ada harapan cerah untuk masa depan rakyat Malaysia,” katanya di Twitter.

Terdahulu, majlis penyerahan kutipan dana itu turut disertai pelbagai kelab kereta seluruh negara, di Bulatan Masjid Putrajaya.

Sebelumnya, turut diadakan konvoi amal membabitkan penggiat sukan permotoran bagi mengumpulkan dana amal Tabung Harapan Malaysia.

Pada masa sama, Amirudin turut melancarkan tanda pagas #DriveToAGreaterMalaysia di Twitter, sebagai inisiatif mendukung usaha golongan belia membantu kerajaan menyelesaikan kemelut hutang negara, daripada pentadbiran terdahulu.

“Drive To a Greater Malaysiaā€¯ dipilih kerana tajuk itu sinonim dengan minat golongan belia dan niat membantu Kerajaan melangsaikan beban hutang tinggi, demi kemajuan dan kejayaan negara dalam jangka masa panjang.

“WDG berharap Konvoi Amal ini dapat memupuk semangat kecintaan dan kekitaan dalam kalangan peserta yang bukan sahaja cintakan sukan permotoran tetapi juga negara,” katanya.