Categories
SELANGOR

Amirudin hadir Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 9 JULAI: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari hadir ke Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri, di Pejabat Mohor Besar Raja-Raja, di Bukit Petaling, di sini, hari ini.

Mesyuarat itu diadakan sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang bakal berlangsung nanti.

Amirudin dilihat memasuki perkarangan pejabat Mohor Besar Raja-Raja Melayu kira-kira jam 2.13 petang tadi.

Turut kelihatan Menteri Besar Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Ketua Menteri Sarawak dan Melaka.

Amirudin dilihat meninggalkan tempat mesyuarat kira-kira jam 4.40 petang tadi.