Categories
NASIONAL

Kabinet bincang isu pekerja asing Jumaat

SHAH ALAM, 31 JUL: Kabinet bakal membincangkan isu pengambilan pekerja asing dari Nepal, pada 3 Ogos ini, kata Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran.

Beliau berkata, peranan sebuah syarikat tempatan yang dikaitkan dengan urusan pengambilan pekerja asing dari Nepal adalah antara isu utama yang bakal dibincangkan.

Ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada sesi Waktu Petanyaan-Pertanyaan Menteri persidangan Dewan Rakyat, Kulasegaran berkata isu berhubung pengambilan pekerja asing dari negara itu adalah penyumberluaran dilakukan syarikat berkenaan, lapor BERNAMA.

Kulasegaran berkata, ia akan diperhalusi dan jika berlaku sebarang penyelewengan, maka juga bakal diambil.

Beliau juga turut menjawab soalan Ismail berhubung penarikan balik kelulusan melanjutkan pas lawatan kerja sementara (PLKS) untuk tahun ke-11 oleh kerajaan baru-baru ini punca Kerajaan Nepal tidak berminat menghantar rakyatnya bekerja, di Malaysia.