Categories
SELANGOR

Lebih 1,000 meriahkan rumah terbuka KDEBWM

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 JULAI: Lebih 1,000 hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri KDEB Waste Management (KDEBWM) yang diadakan, di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini.

Pengarah Urusannya, Ramli Mohd Tahir berkata, majlis yang diadakan bermula jam 11 pagi hingga 4 petang itu bertujuan mengeratkan silaturahim antara KDEBWM, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

“Dalam meraikan semangat dan keceriaan perayaan Aidilfitri yang disambut setiap tahun, KDEBWM berbesar hati menganjurkan rumah terbuka ini.

“Selepas sebulan berpuasa, kini tiba kita meraikan perayaan ini dan berbesar hati menjemput kakitangan, ahli majlis dan orang bertanggungjawab serta bekerjasama dengan KDEBWM,” katanya kepada SelangorKini.

Pelbagai juadah disediakan antaranya kambing kebuli, asam laksa, rendang, lemang, sate, nasi hujan panas, kari kepala ikan dan sebagainya.

Hadir memeriahkan majlis Speaker Dewan Negeri, Ng Suee Lim.