Categories
SELANGOR

LZS pantas bantu mangsa ribut

SABAK BERNAM, 21 JUL: Nasib sebuah keluarga di Tali Air 12 di sini, berdepan musibah apabila bumbung rumah mereka musnah dihempap pokok kelapa sawit mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Bantuan awal sejumlah RM500 disalurkan LZS Daerah Sabak Bernam kepada mangsa, Japri Aib dalam satu lawatan ke rumahnya, baru-baru ini.

“Semoga Japri dan keluarga dapat mengharungi ujian dari Allah dengan penuh sabar,” tulis LZS di laman facebooknya.

Baru-baru ini, ketika kejadian angin ribut, pokok kelapa sawit tumbang sekali gus menghempap rumah Japri yang memusnahkan sebahagian besar bumbung hadapan rumahnya.

Dilaporkan, ketika kejadian berlaku, Japri dan keluarga berada di rumah, namun tiada sebarang kecederaan berlaku.