Categories
SELANGOR SUKANKINI

Malaysia juara ASG

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 27 JUL: Malaysia menjuarai Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN ke 10 (ASG) tahun ini dengan aksi cemerlang apabila mengumpul 37 pingat emas, 34 perak dan 32 gangsa di sepanjang temasya sukan berkenaan.

Tuan rumah menguasai hampir semua 11 acara dipertandingkan dalam temasya lima hari yang berakhir semalam, dengan atlet menunjukkan prestasi membanggakan apabila ungul dalam acara gimrama, olahraga, skuasy, badminton, ping pong, bola tampar, sepak takraw dan sukan lain.

Ia adalah kejuaraan kali ketiga Malaysia dalam sejarah ASG yang menampilkan atlet muda dari sekolah ASEAN membabitkan penyertaan negara ASEAN lain seperti Brunei, Kemboja, Filipina, Indonesia, Laos, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Kejohanan kali ini berlangsung di Selangor menyaksikan seramai 1,609 atlet dan pegawai mengambil bahagian dengan Malaysia diwakili 193 atlet serta 61 pegawai.

Indonesia terpilih sebagai tuan rumah ASG ke 11 tahun hadapan.