Categories
SELANGOR

MB terima kunjungan SPRM, kekal pentadbiran telus

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 3 JUL: Kerajaan Selangor memberi jaminan amalan pentadbiran telus dan integriti dikekalkan dalam urustadbir negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pendirian tegas itu dibuat bagi memastikan tiada elemen rasuah berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Selangor.

“Saya memberi komitmen dan berikrar bahawa Kerajaan Selangor akan mengekalkan pentadbiran yang telus dan berintergriti serta bebas rasuah,” katanya.

Terdahulu, Amirudin menerima kunjungan hormat Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di pejabatnya, pagi ini.

Kunjungan hormat itu diketuai Pengarahnya, Dato’ Alias Salim.

Sebelum ini, pendirian Kerajaan Selangor untuk mengekalkan amalan pentadbiran bersih turut dinyatakan secara terbuka, bekas Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Komitmen itu seiring titah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang bertitah agar pemimpin negeri mengamalkan budaya politik bersih dan telus.

=EZY=