Categories
SELANGOR

Sultan Selangor tunai solat Jumaat di Masjid Negeri

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 6 JULAI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli menunaikan solat Jumaat, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Baginda tiba di Masjid Negeri itu, pada jam 1 petang disambut Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang mengiringi baginda mendirikan solat sunat tahiyatul masjid.

Hadir sama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Solat Jumaat itu dipimpin Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Azizah Shah, Muhammad Farhan Wijaya dengan khutbah Jumaat bertajuk: Amalan Sedekah Membawa Barakah.

Pengisian khutbah tertumpu kepada amalan sunat bersedekah yang digalakkan dalam Islam dan menjadi lambang kesyukuran umat kepada Allah SWT.

Khatib mengingatkan, amalan bersedekah perlu dilakukan seikhlas hati kerana Allah dan bukan untuk mendapatkan balasan semata-mata.

Pada masa sama, Sultan Sharafuddin turut berkenan mencemar duli meluangkan masa bersalaman dengan jemaah sebelum meninggalkan perkarangan masjid sekitar jam 2.15 petang.