Categories
SELANGOR

YIDE terima peruntukan untuk rumah kebajikan anak yatim

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 16 JUL: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) selaku Penyelaras Kluster Kebajikan Anak-Anak Yatim NGO-I Majlis Agama Islam Selangor menerima RM465,000 peruntukan daripada Lembaga Zakat Selangor melalui peruntukan Asnaf Fisabilillah.

Peruntukan terbabit akan diserahkan kepada 12 buah rumah kebajikan perlindungan anak yatim yang berdaftar dengan YIDE.

“YIDE mengalukan rumah-rumah kebajikan anak yatim yang lain untuk berdaftar dengan YIDE.

“Sila hubungi Muhammad Zubair Azizan di talian 013 315 8415 untuk keterangan lanjut,” tulisnya dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya.

Majlis itu dirasmikan Timbalas Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Dato’ Emran Kadir.

Turut hadir bersama Pengarah Pembangunan Sosial MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar dan Pengurus Operasi YIDE, MD Arifin Jaafar.

Dalam majlis itu, turut diadakan persidangan meja bulat turut diadakan bersama 45 NGO-I bagi membincangkan menangani ancaman isu akidah khususnya di Selangor.