Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Kapal Layar AS$250 juta Equanimity tiba di Pelabuhan Klang

KLANG 7 OGOS: Kapal layar mewah yang menjadi kontroversi jenis Equanimity yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low tiba di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang pada 12.35 tengah hari tadi.

Kapal bernilai AS$250 juta yang didakwa dibeli dari wang diselewengkan dari dana 1 Malaysa Development Berhad (1MDB) berlepas dari perairan Batam, Indonesia pada jam 4.45 petang semalam.

Menurut sumber keselamatan, selepas pasukan khas itu selesai melakukan pemeriksaan, mesyuarat akan diadakan di antara semua jabatan pihak berkuasa yang ditugaskan menyiasat skandal 1MDB.

Kapal itu sebelum ini ditahan pihak berkuasa Indonesia susulan siasatan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat.

 

Gambar  Equanimity yang  berlabuh di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang diambil juru foto SelangorKini Mohd Khairul Fikri Mohd Yusof.