Categories
ALAM SEKITAR & CUACA SELANGOR

MetMalaysia: Ribut petir dijangka melanda Perak, Selangor dan Sabah

SHAH ALAM 2 OGOS: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Perak, Selangor dan Sabah hari ini, kata Jabatan Meteorologi Malaysia.

Menurutnya dalam siaran akhbar yang dikeluarkan jam 11 pagi tadi, kawasan yang terlibat ialah Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak selain Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Kuala Penyu, Beaufort, Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota belud dan Labuan.

Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dan mengutamakan keselamatan.