Categories
SELANGOR

Selangor sedia kaji cukai karbon untuk pemain industri

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 28 NOV: Kerajaan Negeri sedia mengkaji pelaksanaan cukai karbon seperti cadangan Ahli Dewan Negeri Air Tawar, Rizam Ismail.

EXCO Pelaburan, Perindustrian Dan Perdagangan, Industri Kecil Dan Sederhana (IKS), Dato’ Teng Chang Khim bagaimanapun berkata, pelaksanaan cukai itu akan memberi kesan tak langsung kepada rakyat.

“Air tawar sebelum ini mahukan Kerajaan Negeri tidak kenakan cukai baru kepada rakyat tetapi tahukah yang sebenarnya Cukai Karbon ini nanti pihak perindustrian akan pindahkan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Chang Khim berkata, pada masa ini hasil Kerajaan Negeri hanya diperolehi daripada Cukai Tanah, manakala Cukai Pintu dikutip oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Katanya, berbanding Kerajaan Persekutuan yang mengutip cukai pendapatan seluruh negara.