Categories
PBT SELANGOR

SAOW di Giant Seksyen 18 pada 8 Disember

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 3 DIS: Pejabat bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ (SAOW) kembali beroperasi kepada umum di tempat letak kereta Pasaraya Giant, Seksyen 18, di sini pada 8 Disember ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, waktu pengoperasian SAOW itu bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang.

“Perkhidmatan SAOW ini adalah platform yang disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Pejabat Bergerak ini akan menyediakan kemudahan perkhidmatan antaranya seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan dan jualan kupon parkir,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, menerusi insiatif itu, Shahrin optimis supaya ia mampu memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat.