Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Kenyataan umur 31 dikategorikan warga emas oleh menteri palsu

 

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 5 JUL : Kenyataan golongan berumur 31 tahun dan ke atas dikategorikan sebagai warga emas yang kononnya dikeluarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman adalah palsu.

Penafian itu dimuatnaik pada status di laman rasmi Facebook menteri terbabit malam tadi.

“YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak pernah mengeluarkan kenyataan berikut. Kenyataan ini adalah kenyataan PALSU,” tulis kapsyen pada poster yang dimuat naik di laman terbabit.

Kenyataan palsu yang menjadi bahan sindiran dan jenaka nitizen itu didapati menjadi tular sejak malam tadi.

Sementara itu, dalam isu berkaitan, Syed Saddiq mengucapkan syukur apabila pindaan Akta Belia untuk menurunkan umur belia dari 40 ke 30 tahun dibentangkan beliau diterima di Parlimen.

“Lebih banyak ruang dan peluang akan disediakan kepada belia bawah 30 tahun untuk menggerakkan pertubuhan belia dan peruntukkan difokuskan bagi mereka.

“Zaman di mana belia lingkungan umur 40 tahun mendominasi pertubuhan dan peruntukkan belia sudah pun tamat,” katanya.