Categories
AGENDA NASIONAL

900 pengunjung terkandas di Bukit Bendera selamat dibawa turun

GEORGE TOWN, 22 DIS: Kesemua 966 pengunjung yang terkandas di Bukit Bendera, dekat sini selepas perkhidmatan keretapi funikular di pusat pelancongan itu tergendala sejak 8 malam tadi, berjaya dibawa turun ke stesen bawah dengan selamat awalvsemalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, mangsa dibawa turun menaiki pacuan empat roda ke Taman Botani sebelum dibawa menggunakan bas ke stesen bawah Bukit Bendera untuk mereka mengambil kenderaan dan pulang ke destinasi masing-masing.

“Secara keseluruhannya seramai 966 pengunjung terjejas membabitkan 793 orang di stesen atas yang tidak boleh turun selepas keretapi funikular itu terkandas di stesen tengah yang mana ketika itu seramai 173 lagi berada di stesen tengah tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, operasi membawa turun pengunjung yang terjejas itu bermula pukul 8.30 malam dan tamat sepenuhnya pada jam 1.03 pagi serta kesemua mereka berada dalam keadaan selamat.

Semalam Perbadanan Bukit Bendera (PHC) dalam satu kenyataan berkata, keretapi funikular tersebut tergendala akibat masalah kerosakan sistem.

– BERNAMAnggota bomba membantu. Alhamdulillah selepas lebih setengah jam berjalan, kami sampai (di bawah),” katanya.

Sebahagian lagi pengunjung terutama warga emas dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan, dibawa turun menggunakan jip serta pacuan empat roda.

Sementara itu, PHC dalam satu kenyataan berkata, pihak PHC memohon maaf atas kesulitan yang dialami akibat kereta api funikular tersebut tergendala kerana masalah kerosakan sistem.

“Pasukan operasi funukular PHC sedang bekerja keras bagi mengatasi masalah ini. Pada masa ini, kami membawa pelawat turun bukit menggunakan perkhidmatan jeep. PHC juga sedang menguruskan lebih banyak kenderaan untuk membawa pengunjung turun dari puncak bukit secepat mungkin,” menurut kenyataan tersebut.

– BERNAMA