Categories
PBT SELANGOR

1,000 usahawan mikro diberi permit niaga serta-merta

PETALING JAYA, 6 FEB: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengeluarkan permit sementara kepada lebih 1,000 usahawan mikro bagi mengurangkan isu peniaga tanpa lesen (PTL) di bawah pentadbirannya.

Datuk Bandarnya, Dato’ Mohd Sayuthi Bakar berkata tempoh masa perniagaan yang dibenar bagi permit itu hanya empat jam dan pembaharuan permit diberi masa sebulan.

“Permit sementara serta-merta kepada usahawan mikro (penjaja) adalah bagi meningkatkan ekonomi mereka selain memudahkan kita mengawal mereka berniaga di kawasan dibenarkan,” katanya.

Katanya, seramai 1,176 PTL direkodkan sejak Mac hingga Julai tahun lalu dan pihaknya telah mengeluarkan 3,374 kompaun, 798 notis dan 1,565 sitaan sepanjang tempoh itu.