Categories
AGENDA JENAYAH

13 termasuk warga China, Rusia ditahan berjudi

KUALA LUMPUR, 3 FEB: Polis menahan 13 lelaki termasuk masing-masing seorang warga Rusia dan China selepas disyaki terlibat bermain judi poker di sebuah unit kondominium di Bukit Jalil di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataan berkata tiga daripadanya yang merupakan rakyat tempatan dipercayai menjadi penganjur dan pekerja kegiatan perjudian tersebut.

Beliau berkata dalam serbuan pada 11 malam Sabtu itu, polis turut merampas antaranya sebuah mesin pengira wang, 791 keping cip pelbagai warna dan wang tunai berjumlah RM15,637.

Katanya, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 24 hingga 34 tahun, kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

– BERNAMA