Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: UAE larang perjalanan ke Iran, Thailand

ABU DHABI, 25 FEB: Kementerian Luar dan Kerjasama Antarabangsa Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengeluarkan larangan perjalanan ke Iran dan Thailand ekoran kebimbangan ancaman wabak Covid-19 di negara terbabit, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Kenyataan itu menyatakan: ‘Dalam usaha UAE memantau dan mengekang penularan wabak Covid-19 serta demi menjaga kepentingan dan kesihatan orang ramai, Kementerian Luar dan Kerjasama Antarbangsa mengeluarkan larangan perjalanan dan menggesa semua warga UAE tidak mengunjungi Iran dan Thailand ketika ini dan sehingga diberitahu kelak.’

Warga UAE yang sudah berada di negara terbabit diminta menghubungi Kedutaan UAE atau kementerian di talian 800 44444 serta mendaftar diri dengan perkhidmatan ‘Tawajudi’.

– BERNAMA