Categories
PBT SELANGOR

Karnival, taklimat bazar Ramadan MPSJ 31 Mac ini

SUBANG JAYA, 27 FEB: Program Karnival dan Taklimat Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan diadakan tiga hari bermula 31 Mac ini di Dewan Serbaguna MPSJ Puchong Indah, kata Noraini Roslan.

Yang dipertuanya berkata,  fokus utama program ialah inisiatif kempen bebas plastik dan kitar semula minyak masak pada musim Ramadan.

“Kita menggalakkan pengunjung bazar Ramadan membawa beg guna semula, tiada polisterin untuk bungkus makanan dan kempen kesedaran kitar semula minyak masak,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPSJ Bil 2/2020 di sini semalam.

Minyak masak terpakai yang dikumpulkan boleh diproses dan dijadikan bahan biodiesel untuk kegunaan mesin dan jentera.

Karnival ini dijayakan dengan penglibatan serta komitmen Syarikat Best Marketing & Distributor Sdn Bhd dan Syarikat Mamee Sdn Bhd.

Turut terlibat Agensi Antidadah Kebangsaan, Lembaga Zakat Selangor, Maybank QR Pay dan Boost