Categories
PBT SELANGOR

Kes penguat kuasa MBSA dipukul wanita disiasat polis

SHAH ALAM, 9 FEB: Kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak patah semangat walaupun `diganggu’ orang awam yang tidak berpuas hati ketika mereka menjalankan tugas, kata Timbalan Datuk Bandar Shah Alam.

Mohd Rashidi Ruslan berkata, kejadian seorang wanita `menganggu’ anggotanya bertugas baru-baru ini jarang berlaku.

“Orang awam harus faham, sekiranya ada papan tanda tunda kenderaan jangan letak kereta di situ. Kalau letak dan penguat kuasa tunda ia dilaku mengikut undang-undang,” katanya pada Program Hari Shah Alam Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rashidi memaklumkan polis sedang menjalankan siasatan berhubung kekasaran tersebut.

Pada 6 Februari lalu, seorang wanita mengamuk dengan memukul penguat kuasa MBSA dan pemandu trak tunda apabila keretanya ditunda kerana diletak ditempat tidak dibenarkan.

Kes di Seksyen U20, Bandar Baru Sungai Buloh disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.