Categories
AGENDA NASIONAL

Sambutan Thaipusam lancar, 400,000 dijangka hadir malam ini

KUALA LUMPUR, 8 FEB: Sambutan Thaipusam di Kuil Subramaniar Swamy di Batu Caves dekat sini yang berlangsung sejak semalam hingga ke hari ini berjalan lancar dan terkawal tanpa sebarang insiden.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata pihaknya telah menempatkan 1,700 anggota polis bertugas mengikut syif.

“Pengunjung di Batu Caves dijangka meningkat sehingga 400,000, berbanding jumlah sekitar 100,000 pagi tadi,” katanya petang ini.

Merujuk kepada suasana trafik di sekitar jalan Batu Caves di kedua-dua arah, beliau berkata alirannya perlahan, dan beliau telah menempatkan anggota polis trafik yang mencukupi bagi mengawal lalu lintas di sekitar lokasi dalam usaha mengelak kesesakan.

– BERNAMA